Jawapannye:
- Bila burung2 ni terbang dalam bentuk 'V', diorang dapat pergi pada jarak 71% peratus lebih jauh berbanding seekor burung terbang bersendirian. Pengajaran yg dapat kita pelajari dari sini ialah jika kita berkongsi satu matlamat yg sama dan berusaha secara bersama, InsyaAllah kita dapat mencapai matlamat tersebut dengan lebih senang dan cepat. Perjuangan memerlukan kesatuan dan kebersamaan.
- Jika burung yg mengetuai (didepan) penerbangan letih, dia akan terbang kebelakang dan angsa lain yg akan mengambil kedudukan untuk mengetuai dan meneruskan perjalanan.Pengajaran kedua disini ialah kita perlu lah berkongsi beban sesuatu tugas yg berat tu dan jangan lah serahkan semuanya kepada ketua semata-mata.
- Burung2 dibelakang akan bunyi dan seolah-olah 'hon' untuk menggalakkan burung2 didepan bergerak pada kelajuan yg sama dengan mereka. Pengajaran disini ialah, kita hendaklah memotivasikan rakan2 kita untuk maju seiring dengan kita.
- Akhir sekali jika ada burung yg sakit atau ditembak jatuh, akan ada 2 ekor angsa yg lain yg turut keluar dari formasi untuk mengiringi burung yg jatuh atau sakit tu kebawah untuk membantu dan melindungi burung yang sakit tu sampai la burung tu mati atau pun burung tu sihat kembali dan barulah dorang memulakan penerbangan sendiri atau dengan kumpulan lain sampailah dorng jumpa kumpulan dorang yg asal tadi. Pengajaran yg terakhir, jika kita mempunyai perasaan mcm burung2 tu, kita takkan meninggalkan kawan2 kita bersendirian bila diorang hadapi masalah.
p/s: Ni lah cerita yg sy cakap tu..
No comments:
Post a Comment