Wednesday, 26 October 2011

Story About My Mom : Asam pedas vs Tengkuk ayam

Time darjah 3:
Memori aku memang kuat mengingat masa silam. (Well kakak aku cakap aku ni memang nostalgik cket)Time tu keadaan keluarga agak susah dan sesak sikit. Semua tanggungjawab terpikul atas bahu mak yg sabar membesarkan 6 org anak time tu kakak sulung baru form 3, adik bongsu plak darjah 1. Memang sesaklah waktu tu, jarang2 makan nasik malam. Kerap kali  sekadar makan cucur bawang mak buat makan petang dalam pukul 6 pm macam tu dan malam kalau lapar sangat makan biskut kering atau roti benggali cicah teh.

 Makan malam pun kalau ada lauk mak masak tengahhari yg lebih, lauk tu la makan sorang sikit. Ada satu hari tu mak masak asam pedas ikan pari yg memang feveret aku (time tu bagi kami lauk ni memang mewah). Malam tu ada la lebih kuah asam pedas tu sikit. Aku ni plak yg memang kuat makan pun merengek lapar malam tu. Mak pun kikis saki baki kerak nasi dalam periuk dan masukkan dalam satu pinggan, letak kuah asam pedas pastu panggil aku dgn leh (adik bongsu aku) makan. Sedap sungguh nasik tu aku ingat sampai sekarang, mak aku tengok ja aku dgn adik aku makan dengan muka yg sedih. Adik aku makan sikit ja pastu dia taknak, aku pun sengaja berhenti makan tinggalkan saki baki dalam sesuap. Mak aku suruh habiskan tapi aku cakap kenyang, sedangkan saja aku tinggal untuk mak makan. Lepas tu kami pun buat kerja masing2, mak plak lepas habis basuh pinggan dan solat isyak, mak suka duduk atas buaian kat luar rumah  berzikir perlahan sambil melihat kadang2 orang lalu-lalang. Aku tahu mak sedih, tapi hanya itu yang mampu mak lakukan selepas sehari melayan kami, dia hanya mampu duduk diatas buaian mengenangkan nasib kami semua. Kadang2 mak menangis perlahan. Malam tu aku bisikkan pada hatiku, bila aku dah kerja dan senang nanti, takkan aku biarkan satu malam berlalu di mana mak sedih atau lapar.

Tahun 3 university:

Aku balik rumah, cuti. Aku sibuk study, next week ada 2 test & pbl (problem based learning). Mak mintak tolong aku belek2 resit, kirakan berapa banyak yg dah bayar utk rumah yg mak dah beli. Aku pun kira pastu aku bebal sebab resit tu dah bercampur2 ada yg 1 payment tp 2 resit. Lepas tu aku sambung study. Mak cakap lagi pasal resit2 tu. Dengan suara sedikit meninggi ku cakap "Time hanip study janganla cakap pasal duit, tension la!" Mak aku hanya senyap. Dalam hati aku rasa bersalah meninggi suara tadi. Dalam pukul 6 lebih mak ke dapur, "mak tanya malam ni nak makan tak hanip?" Aku jawab " kalau ada lauk hanip makan la".


Pastu aku ke dapur, mak sendukkan nasi tengah hari td dari rice cooker (sebab nak masak nasik lagi). Aku pun amik sikit nasik tengah hari tadi, aku tanya mak ada lauk tak. Mak cakap "Ada tu mak tinggal kat ampa sorang seketul ayam jangan amik lebih nanti tak cukup, mak pun amik tengkuk ja" Aku pandang semangkuk ayam masak merah tengah hari tadi yg memang mak masak special setiap kali aku balik sebab ni ayam masak merah pun feveret aku gak sejak kecik.


Aku tengok dalam pinggan mak ada nasik, 1 tengkuk ayam dan sedikit kuah. Aku pun amik seketul ayam yang paling kecik sekali, pastu sambil makan aku teringat balik cerita time aku darjah 3 tadi tu. Dalam hati rasa sebak, sambil aku makan pelan2 aku tengok muka mak berulang kali. Masa dah berlalu, tapi kasih sayang mak pada anak dia tak pernah berubah, aku pulak semakin besar semakin lupa kat mak aku, duk kat kl tu bila nak exam atau ada masalah baru teringat nak telefon mak. Harap Allah beri kesempatan untuk aku balas jasa mak aku dan buat mak aku senang. Hanip mintak maaf mak.....

No comments:

Post a Comment